IQNA

Menyemak kerjaya politik Imam Ali (as) berdasarkan kenyataan pemimpin revolusi:

Yakin pada kehendak kehadiran Rakyat, sebagai pengajaran abadi dari Amirul Muminin Ali (as)

21:49 - January 28, 2024
Berita ID: 3103813
IQNA - Menurut kenyataan Pemimpin Revolusi Islam dalam karier politik Imam Ali (as); kehadiran rakyat memainkan peranan yang menentukan baik dalam prinsip penerimaan tanggungjawab oleh pemerintah Islam mahupun dalam memajukan matlamat negara; sistem Islam, setinggi mana pun kewujudan, keilmuan mahupun pengamalan agama, tidak ada yang tidak memerlukan pertolongan rakyat; Amirul-Muminin (as) pun memerlukan pertolongan rakyat; sama ada orang yang mempunyai maruah sosial atau orang ramai pada am nya; bantuan semua orang diperlukan.

Laporan IQNA, memetik Pangkalan maklumat Pejabat Pemeliharaan dan Penerbitan Karya Hazrat Ayatullah Khamenei (HF) menerbitkan laporan sempena kelahiran yang diberkati Amirul-Muminin Ali (as) berdasarkan kenyataan Pemimpin Revolusi Islam, yang diperincikan di bawah ini;

Amirul-Muminin Ali (as) adalah sebagai ukuran karya puncak kita

Tugas kita adalah untuk menuju ke puncak itu; untuk bergerak ke arah itu sebanyak yang kita boleh, sebanyak usaha yang boleh kita buat, jangan bergerak ke arah yang berlawanan.

Pada yang sebenarnya segala nilai dan sifat yang dihormati dan mulia manusia terhimpun pada diri Ali bin Abi Talib; Iaitu Ali bin Abi Talib adalah peribadi yang anda hormati jika anda seorang Pengikutnya «شیعه», jika anda seorang Sunni pun «سنّی», anda juga menghormatinya, jika anda bukan seorang Islam langsung tetapi anda mengenalinya dan mengikut keadaannya, anda pun menghormatinya.

Satu lagi bahagian dari sifat Amirul Muminin (as) adalah sifat manusia yang luar biasa; Ini adalah perkara-perkara yang menarik orang Islam dan bukan Islam, Kristian dan bukan Kristian, beragama dan bukan beragama; semua orang menghormati Keberanian, belas kasihan; Orang yang berperang di medan perang seperti itu, apabila berhadapan dengan keluarga yatim, beliau menemani anak yatim, membongkok, bermain dengan anak yatim, memikul mereka di atas bahunya.

Kategori ketiga ciri-ciri Amirul Muminin ialah ciri-ciri pemerintahan; seperti keadilan, memandang sama semua anggota rakyat, menjauhi perhiasan dan senda dunia untuk diri sendiri, tetapi sentiasa berhemah; berfikir untuk masyarakat Islam; memisahkan musuh dari kawan, membahagikan musuh kepada beberapa kelas, cergas bertindak dan tidak berlengah, sebaik sahaja beliau menyedari bahawa tindakan ini harus diambil, beliau siap sedia dengan cepat.

Imam Ali (as) benar-benar tidak takut dalam amalan dan bertindak
Dalam amalan, beliau berani, dan tidak teragak-agak; Peranan umat yang menonjol dalam pergerakan sistem pemerintahan Islam. Salah satu langkah yang paling perlu untuk kita bergerak ke arah yang dikehendaki oleh Amirul-Muminin (as) adalah memahami ajaran, garis panduan dan cara hidup beliau dengan betul. 

Salah satu asas pemerintahan Amirul Muminin (as) ialah menarik kehadiran rakyat dan peranan mereka dalam pembentukan dan penerusan kerajaan Islam. Dalam ucapan Amirul-Muminin (as) sebagai ucapan yang masyhur adalah;

«لَو لا حُضورُ الحاضِرِ وَ قِیامُ الحُجَّةِ بِوُجودِ النّاصِر... لَاَلقَیتُ حَبلَها عَلى غارِبِها»

"Jika tidak kerana kehadiran Rakyat dan kebangkitan al-Hujjah dengan keberadaan penolong, tentu saya telah mencampakkan tali khilafah ini kepada orang asing"

Peranan rakyat dan hak kepimpinan atas rakyat telah disebut dalam ucapan beliau ini; "Peranan rakyat" bermaksud jika rakyat tidak datang kepada orang yang menganggap dirinya pemilik hak kepimpinan yang ingin memikul tanggungjawab, maka tidak wajib dia mengikuti hak itu.

Peranan rakyat, sangat penting, bahkan seseorang seperti Amirul-Muminin, Ali ibn Abi Talib (as), berkata bahawa jika orang tidak bersamanya, jika mereka tidak berada di sekelilingnya, beliau berkata, saya tidak mempunyai kewajipan atas rakyat. 

Jika orang ramai datang, maka wajib baginya menerima tanggungjawab itu. Berdasarkan hal ini, di sisi Islam, kehadiran umat mempunyai peranan yang menentukan baik dalam prinsip penerimaan tanggungjawab oleh pemerintah Islam mahupun dalam memajukan matlamat sistem Islam:

Setinggi mana pun nilai fitrah, kewujudan, saintifik dan agama seseorang itu, tidak ada orang yang tidak memerlukan bantuan orang lain, jika dia ingin menunaikan tugas dan tanggungjawabnya, dia memerlukan pertolongan orang lain.

Populisme dalam sistem Islam mempunyai akar Islam
Oleh itu, Islamisme dalam sistem Islam tidak terpisah daripada populisme: “Populisme dalam sistem Islam mempunyai akar Islam. Bila kita sebut sistem Islam, tak mungkin manusia diabaikan. Asas hak rakyat dalam pilihan ini adalah Islam itu sendiri;

Sebenarnya, apa yang dilaksanakan oleh Imam Khomeini (ra) dalam bentuk sistem Republik Islam adalah titisan dari lautan ajaran Amirul-Muminin Ali (as) yang tidak terhingga pada zaman ini. Oleh itu, sebagai pengikut sejati Amirul-Muminin (as), mesti meyakini keaslian unsur "rakyat" dalam sistem Islam dalam erti kata sebenar. 

Dan "mengajar orang ramai bahawa kehadiran mereka di atas pentas adalah memiliki kekuatan membuat satu keajaiban."

Akhir kata ialah "Mencapai matlamat Islam - yang kita memanggilnya "sistem Islam", yang akhirnya tercipta "tamadun Islam" - tidak mungkin dilakukan melainkan dengan kehadiran dan inisiatif rakyat.

4195868

tanda nama: Imam Ali as
captcha