IQNA

Penekanan Al-Quran terhadap kesederhanaan

22:10 - October 07, 2023
Berita ID: 3103264
TEHRAN (IQNA) - Salah satu prinsip yang ditekankan oleh Al-Quran ialah keseimbangan dan kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan.

Dalam Hikmat 117 dari kitab Nahjul-Balaghah kita membaca:

هَلَكَ فِيَّ رَجُلَانِ، مُحِبٌّ غَالٍ وَ مُبْغِضٌ قَالٍ
"Kebinasaan bagi dua kumpulan orang; yang menjadi pencinta  berlebih-lebihan dan menjadi pembenci berlebih-lebihan".

Yang bermaksud mereka yang mencinta dan memberi persahabatan terhadap seseorang sehinggatidak sesuai dengan perkhidmatan kepada Tuhan; Ini adalah kawan-kawan jahil yang telah berlebih-lebihan dan kumpulan yang lain adalah musuh yang menjatuhkan dari kedudukan yang mulia.

Imam berkata bahawa terdapat sedikit orang yang mengiktiraf beliau (as) sebagai teras keadilan, dan kedua-dua kumpulan ini telah binasa, dan kumpulan ketiga adalah mereka mencintai secara seimbang yang tidak mengeluarkan dari perhambaan kepada Tuhan dan menganggap saya tetap sebagai seorang hamba yang ikhlas.

Pada akhir kata-kata hikmat ini, iaitu perkataan yang ke 469, terdapat tafsiran tema yang sama dengan perkataan hikmat yang telah disebutkan; beliau (as) berkata: 

 يَهْلِكُ فِيَّ رَجُلَانِ؛ مُحِبٌّ مُفْرِطٌ، وَ بَاهِتٌ مُفْتَرٍ
"Akan binasa dua kumpulan; Satu adalah kawan jahil dan radikal dan satu lagi adalah musuh yang memfitnah"

Adapun cara untuk menyelesaikan kedua-dua jenis orang ini ialah teras pusat keadilan harus mengawal semua dimensi, yang juga mengikuti apa yang dipercontohkan oleh Iman Ali (as) sebagai contoh yang jelas.

Prinsip penegasan terhadap keadilan - keseimbangan dan kesederhanaan terdapat dalam Al-Quran, yang bermaksud; semua kandungan Al-Quran berada dalam teras pusat keadilan, dan tidak ada kekurangan, tidak juga berlebih-lebihan, atau keterlaluan di dalamnya, dan semua ajaran Al-Quran adalah jalan kesederhanaan. 

Rahsia untuk sentiasa boleh berlaku adil - seimbanga - sederhana ialah "hubungan dengan Tuhan" dengan langsung dan rapat, dan jalan ketuhanan ini tidak mempunyai penyelewengan, jika seseorang memasuki jalan ini, dia pasti akan sampai ke destinasinya dan dia akan melihat tujuan di destinasi itu, dan ini jalannya pendek dan jalannya begini, satu langkah bukan pada diri sendiri / satu lagi di makam persaudaraan.

Langkah pertama ini harus mengekang hawa nafsu, ego, dan kejahilan sebagai memanfaatkan pengetahuan dan berbangga dengannya; Ina adalah jalan yang lurus, langsung dan dekat, kerana Allah lebih dekat kepada kita daripada tali urat. 

أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَ قَلْبِهِ
"Allah membalikkan antara manusia dan hatinya".

Apa yang menjadikan jalan dekat ini jauh dan menjadikan jalan lurus ini bengkok adalah perilaku sesuka hati.

perilaku sesuka hati malah menunjukkan jalan yang jauh yang orang boleh bayangkan bahawa siapa yang mampu melalui jalan ini?

*Diambil dari kata-kata Grand Ayatullah Javwadi Amuli « آیت‌الله العظمی جوادی آملی» dalam siri perbincangan Nahjul-Balaghah.

captcha