IQNA

Sumbangan wanita India Muslim mengubah tradisi salah masyarakat

9:38 - May 07, 2023
Berita ID: 3102546
TEHRAN (IQNA) - Wanita Islam di India cuba melanggar sekatan yang kadangkala dikenakan ke atas mereka oleh pelampau dan berhasil membawa perubahan dalam masyarakat India Muslim.

Laporan IQNA, memetik MSN; Wartawan India Hasan Suroor, dalam nota yang diterbitkan di laman web ini, membincangkan peranan wanita Muslim India dan menulis: Seperti setiap tahun, berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia, sedangkan tubuh mereka hanya berbalut kain putih yang melambangkan penjimatan dan kesucian rohani, mereka berkumpul di kota suci Makkah untuk menunjukkan demonstrasi terbesar kesaksamaan hak Islami, namun yang bezanya sehingga kini wanita tidak dilayan seperti lelaki dalam kebanyakkan undang-undang negara dan antarabangsa.

Prasyarat utama untuk kebenaran pergi haji bagi wanita Islam adalah ditemani oleh muhrim lelakinya.

Amalan ini tidak dibenarkan dalam Islam, tetapi diperkenalkan oleh Arab Saudi sebagai sebahagian daripada tafsiran Syariah Wahhabi, kononnya untuk melindungi wanita. Logiknya ialah seorang wanita akan kurang terdedah jika dia bersama seorang lelaki.

Undang-undang ini juga menetapkan bahawa lelaki yang menemani wanita itu mestilah mahram (suami, bapa, abang atau anak lelaki) tanpa mengira umur dan kemampuan fizikal untuk melindungi mereka.

Ini membawa kepada situasi yang tidak masuk akal di mana wanita tua dilihat dibimbing dan diuruskan oleh pengawal peribadi lelaki kecil mereka.

Angin perubahan akan datang

Tetapi nasib baik, semuanya telah berakhir. Berikutan bantahan yang meluas dan kritikan antarabangsa, Arab Saudi menghapuskan beberapa sekatan yang dikenakan melalui sistem perwalian lelaki bagi wanita untuk ibadah haji. Sebagai contoh, wanita yang berumur 21 tahun ke atas kini mempunyai hak untuk melancong tanpa kebenaran wali lelakinya, walau demikian ibubapa atau wali tetap mesti mempertimbangkan keselamatan putrinya sepanjang perjalanan.

اعزام کاروان مسلمانان هندی به حج تمتع

Oleh itu, buat pertama kalinya, wanita menunaikan haji sebagai entiti bebas. India bersedia untuk menghantar kontinjen terbesar wanita bujang. Menurut statistik Kementerian Hal Ehwal Minoriti, 4314 wanita tanpa Muhrim telah menunaikan haji. Ini walaupun pada hakikatnya sehingga tahun lalu, jika mereka tidak mempunyai muhrim yang sesuai untuk menemani mereka, mereka dilarang mengerjakan haji.

Angka ini mungkin kelihatan kecil berbanding 1.4 juta, jumlah keseluruhan pemohon yang diluluskan dalam semua kategori. Tetapi, memandangkan stereotaip wanita India Muslim yang tunduk tanpa kemerdekaan, ia adalah satu langkah besar ke hadapan.

Sukar untuk mempercayai bahawa lelaki mereka tidak akan menolak idea untuk meninggalkan wanita mereka sendirian pergi jauh. Kita boleh ingat bahawa kebanyakan wanita ini adalah dari latar belakang agama yang konservatif. Tetapi adalah jelas mereka memutuskan bahawa sudah cukup sedar untuk membuat keputusan membuang tongkat (menolak pergantungan) dan mendapat peluang bersendirian. Fakta ini bahawa lelaki itu memilih untuk tidak menghalang - mungkin kerana menghormati majlis keramat haji - menunjukkan bahawa, bertentangan dengan persepsi yang dibesar-besarkan secara liar, tidak semua lelaki Muslim adalah fundamentalis yang agresif buta.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, generasi baru lelaki Islam telah mencapai umur, dan kebanyakan mereka lebih santai tentang kemerdekaan wanita.

Tetapi kepentingan sebenar perubahan dalam syarat haji ini ialah ia mencerminkan peralihan yang lebih luas dalam sikap Muslim terhadap wanita dan penegasan wanita sendiri yang semakin meningkat tentang hak mereka.

Pertahankan hak anda

Wanita Islam di India, terutamanya dalam keluarga kelas menengah atas yang berhaluan kiri liberal, akan menentang bahagian masyarakat yang konservatif secara tradisi.

Titik tekanan terkini ialah kempen ghairah mereka untuk membuka masjid kepada jemaah wanita. Beberapa kumpulan wanita di bahagian berlainan di India sedang berusaha untuk memudahkan akses ke masjid, dan seperti yang dilaporkan Times of India+ baru-baru ini, usaha mereka telah bermula dengan beberapa masjid membuka pintu mereka kepada wanita di seluruh India.

بانوان مسلمان در جامعه هند

Seperti kebanyakan amalan diskriminasi, menyekat akses wanita ke masjid adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Ini adalah ajaran sesat dari golongan ekstremis. Pada zaman Nabi Muhammad (SAW), masjid dibuka kepada semua orang tanpa mengira jantina. Menurut ulama, tidak ada dalam Al-Quran yang melarang wanita pergi ke masjid.

Tubi Sanobar, seorang aktivis wanita Muslim, memberitahu penemuduga TOI bahawa adalah sunnah (tradisi Nabi) untuk bersolat di masjid.

Sanobar menjelaskan: Kita mesti ingat arahan jelas Nabi (SAW) dan memastikan bahawa tiada siapa yang menghalang wanita untuk datang ke masjid. Kami berusaha untuk membuka pintu masjid kepada semua lelaki, wanita, orang berkeperluan khas dan kanak-kanak. Masjid-masjid sepatutnya boleh dimasuki seperti zaman Rasulullah yang dikasihi.

Di seluruh Eropah, masjid terbuka kepada wanita dan tersedia sebagai pusat komuniti dan ruang bersama untuk keluarga bertemu.

Melangkah ke arah yang betul

Masyarakat India Muslim sedang mengalami perubahan besar, walaupun ia masih di peringkat awal. Malah kumpulan konservatif seperti Lembaga Hak Peribadi Muslim India telah dengan berat hati menyeru perubahan itu, yang pastinya mendapat tekanan daripada wanita.

Malangnya, masih tiada gerakan reformasi di seluruh negara. Terdapat hanya koleksi inisiatif wanita individu mengenai isu khusus jantina dengan lelaki yang berat hati mengikutinya. Wahabisme dan sikap patriarki masih mendominasi sebahagian besar masyarakat Islam India.

زنان مسلمان در حال تغییر نگرش و جامعه هند هستند

Perkara ini bersamaan dengan kempen perang yang dicetuskan oleh nasionalis Hindu untuk mengasingkan dan menundukkan umat Islam, menjadikan kejayaan terhad dalam memajukan masyarakat Islam yang dipandang jauh lebih penting daripada situasi biasa untuk mereka.

Sememangnya, terdapat pandangan bahawa tekanan daripada pelampau Islam di satu pihak dan Islamofobia yang diilhamkan oleh Hindutva di pihak lain telah menjadikan umat Islam lebih berazam untuk menegaskan kemerdekaan dan berdiri di atas kaki mereka sendiri.

4138033

captcha