IQNA

Bagaimana mendapatkan rahmat Allah pada Malam Qadar

7:48 - April 17, 2023
Berita ID: 3102459
TEHRAN (IQNA) - Pada malam-malam Qadar, seseorang harus membersihkan rumah hatinya dari kotoran dan menjadikannya sebagai wadah yang bersih untuk menerima rahmat Ilahi.

Nasihat utama tentang Malam-malam - Lailatul Qadar ialah beristighfar dan memohon ampun kepada Allah. Di samping perbuatan tersebut merupakan salah satu amalan malam al-Qadr, menurut hadis, menyucikan hati, juga menyediakan hati untuk berkembang dan mencapai kemajuan lebih jauh paa malam ini.

Dalam satu hadis Nabi SAW, bersabda bahawa:

«إِنَّ لِلْقُلُوبِ صَدَأً كَصَدَإِ اَلنُّحَاسِ فَاجْلُوهَا بِالاِسْتِغْفَارِ»

"Kadangkala hati berkarat, seperti karatnya benda tembaga, maka hilangkan karat itu - kilaukan hati dengan beristighfar dan membaca Al-Quran".

Istighfar bermaksud mengucapkan 70 kali: «استغفرالله ربی و اتوب الیه‌» "Astagfirullah Rabbi wa atuubu ilaih" yang dianggap sebagai salah satu amalan Lailatul Qadr, dan seseorang itu hendaklah memohon ampun kepada Allah pada Malam - Lailatul Qadr.

Hati dan jiwa manusia ibarat bejana, dan selagi bejana ini kotor, tidak ada tempat untuk mencurahkan isinya yang bercahaya. Oleh itu, sebelum seseorang ingin menerima sebarang rahmat dan pemeliharaan daripada Tuhan, dia mesti terlebih dahulu menyucikan bejana ini.

Perkara yang paling penting dalam Malam - Lailatul Qadr ialah menuntut ilmu dan memohon ampun kepada Allah, membaca Al-Quran dan memohon rahmat ilahi, iaitu doa yang paling utama kesannya ialah keselamatan daripada api neraka, adalah alasan untuk mendapat rahmat dan keampunan pada malam Qadar - takdir, yang menjadikan jiwa dan hati manusia menjadi jelas dan jernih.

Lailatul Qadr dari sudut Al-Quran
Mengenai Malam - Lailatul Qadr dari sudut Al-Quran, beliau menambah: Terdapat satu Surah berkenaan Lailatul Qadr, yang banyak dibicarakan oleh hadis, iaitu: «إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ» "Inna Anzalnahu fi Lailatil-Qadr" - "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Qadar".

Rahmat Allah sangat besar pada malam ini sehingga Allah berfirman bahawa kami menurunkan Al-Quran pada malam ini dan kemudian berkata anda tidak akan pernah tahu betapa besarnya keutamaan malam qadar - takdir itu.

Prof. Ahli bidang ini menyatakan: Allah berfirman: لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ - yang bermaksud; "Malam Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan"; lebih tinggi daripada seratus tahun; seseorang boleh melakukan perjalanan seratus tahun dalam satu malam sahaja.

Rasulullah SAW membawa peraturan dan syariat dari Allah, kini pelaksanaannya akan diteruskan selangkah demi selangkah hingga hari kiamat; Rasul dan Imam akan membuat ketetapan Ilahi mengalir di bumi, dan malaikat akan turun pada malam qadar untuk semua perkara, dan ritual ketuhanan akan dilakukan pada malam ini di mana penghayatan dan jamuan Ilahi berlaku.

*Petikan kata-kata Prof. Karim Mukmini (کریم مؤمنی), penyelidik dan pakar agama, dalam temu bual dengan IQNA.

 

captcha