IQNA

Bagaimanakah hubungan Allah dengan alam - dunia?

9:07 - January 23, 2023
Berita ID: 3102123
TEHRAN (IQNA) - Hubungan antara Tuhan dan dunia telah menjadi subjek banyak pemikiran falsafah. Dalam hal ini, Amirul-Mukminin Ali bin Abi Thalib (ra) mempunyai frasa penting sebagai sudut pandangan Islam yang jelas menyatakan dalam hal ini.

Laporan IQNA; Ayatullah Abulqasem Alidoost (آیةالله ابوالقاسم علیدوست ), dalam sesi tafsir Al-Quran memfokuskan kepada Surah al-Fatihah, menyatakan perkara-perkara yang dibincangkan dalam petikan sesi yang boleh anda baca berikut ini;

Dalam Al-Quran, istilah «خَلق» bermaksud "penciptaan" dan derivatifnya digunakan kira-kira 250 kali.

Satu lagi kata dalam Al-Quran yang banyak digunakan ialah «آیة» (tanda). Tuhan memperkenalkan dirinya sebagai mempunyai «آیات » (tanda-tanda) dan memperkenalkan Alam semesta sebagai Ayatullah (tanda Tuhan).

Dalam kata-kata Amirul-Mukminin (as), telah menafsirkan hubungan antara Tuhan dan alam ciptaan Tuhan; Beliau berkata dalam khutbah pertama Nahjul-Balaghah (خطبة اول نهج البلاغة ):

مَعَ كُلِّ شَيْءٍ لَا بِمُقارِنَةٍ  وَ غَيْرُ كُلِّ شَيْءٍ لَا بِمُزَايِلَةٍ

"Allah bersama segala sesuatu tetapi bukan dengan suatu jalinan dan Allah berbeza dari segala sesuatu; tidak dengan cara yang serupa dengan mereka - bukan Allah asing dan terpisah daripada alam."

Nampaknya, bahagian pertama kata-kata Imam Ali (as) bermaksud untuk menolak idea panteisme. Panteisme bermaksud segala-gala adalah Tuhan. Imam Ali (as) ingin menolak pandangan sebegitu yang mengatakan Tuhan menyatu dan mengalir serta mempengaruhi alam dengan menekankan prinsip bahawa "semuanya adalah Tuhan".

Bahagian kedua, lafaz «وَ غَيْرُ كُلِّ شَيْءٍ لَا بِمُزَايِلَةٍ» bermaksud tidak sama sebarang objek - segala sesuatu dengan Allah, tetapi Allah tidak asing dari alam ciptaanNya, iaitu Allah dengan ciptaanNya mempunyai hubungan.

Tetapi hubunga Allah dengan alam bukan seperti arkitek suatu bangunan. Dalam hubungan arkitek, selepas membina bangunan, tidak mempunyai peranan dalam kestabilan dan kekekalan penubuhan bangunan, walaupun jika suatu hari arkitek meninggal dunia, bangunan itu akan tetap berdiri. Imam Ali (as) menolak anggapan hubungan Allah dengan alam seperti itu.

Dalam kenyataan lain, Imam Ali (as) berkata:

اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِی أَظْهَرَ مِنْ آثَارِ سُلْطَانِهِ، وَ جَلاَلِ کِبْرِیَائِهِ، مَا حَیَّرَ مُقَلَ الْعُقُولِ مِنْ عَجَائِبِ قُدْرَتِهِ

“Segala puji bagi Allah, yang telah mendedahkan kesan-kesan kekuasaan-Nya, dan keagungan kebesaran-Nya begitu nyata sehingga pikiran kagum dengan keajaiban kuasa-Nya."

captcha