IQNA

Cara Al-Quran membuktikan Tuhan bagi PengingkarNya

9:09 - December 04, 2022
Berita ID: 3101898
TEHRAN (IQNA) - Persoalan yang penting ialah mengapa Al-Quran dalam topik-topik sekunder telah memasukkan penjelasan secara terperinci dan menceritakan pelbagai perkaranya, tetapi tidak terdapat banyak ayat tentang hakikat kewujudan Zat Tuhan?

Laporan IQNA; Ahmad Shahgoli, pengkaji falsafah dan agama, dalam pertemuan bertajuk; "Adakah kewujudan Tuhan dibuktikan dalam Al-Quran?" yang diadakan di Institut Penyelidikan Kebijaksanaan dan Falsafah Iran, beliau memberikan ucapan yang anda boleh membaca petikan kata-katanya;

Persoalan yang penting ialah mengapa Al-Quran telah memasukkan secara terperinci dan membuat beberapa perkara dalam perbincangan topik-topik sekunder, tetapi tidak terdapat banyak ayat tentang hakikat kewujudan Tuhan (mendedahkan zat Tuhan)?

Kadang-kadang kita mencapai Tuhan dari dunia, dan kadang-kadang sebaliknya, kita mengatakan bahawa kerana Tuhan wujud, maka dunia juga wujud.

Al-Quran berkata:

وَ لَئِنْ‌ سَأَلْتَهُمْ‌ مَنْ‌ خَلَقَ‌ السَّمَاوَاتِ‌ وَ الْأَرْضَ‌ وَ سَخَّرَ الشَّمْسَ‌ وَ الْقَمَرَ لَيَقُولُنَ‌ اللَّهُ‌ فَأَنَّى‌ يُؤْفَکُونَ‌

"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? (Qs, Al-'Ankabuut 29:61).

Maksudnya, jika kamu bertanya kepada musyrikin yang mencipta langit dan bumi, nescaya mereka akan menjawab bahawa itu adalah kerja Allah. Ayat ini disebut di beberapa tempat di dalam Al-Quran dengan kalimat yang demikian. Oleh itu, kewujudan Tuhan adalah isu yang jelas, dan oleh sebab ini, tiada bukti bahawa Tuhan tidak ada. Dan hanya telah dikemukakan tentang kewujudan Tuhan dan isu ini telahpun ditangani bersama.

Sebahagian saintifik percaya alam semula jadi, tetapi ketika sampai pada pembahasan Tuhan sebenar yang semula jadi, puak kafir itu tak percaya pula?! ini satu kelemahan logika kekafiran dan kedustaan mereka.

Di antara perkara-perkara semula jadi, masalah semula jadi yang paling tinggi ialah kewujudan Tuhan, dan prinsip ini sentiasa wujud di kalangan manusia sepanjang sejarah bahawa "memuja wujud agung itu indah."

Perkara lain dari sudut Al-Quran, menerima ayat-ayat Ilahi dan Rasul, menyebabkan kemurnian dalam jiwa manusia dan seseorang mesti mempunyai kesucian untuk menerima perintah Ilahi.

Disebutkan dalam Al-Quran:

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". (Qs, Al-Mulk 67:23).

Maksudnya Al-Quran ini adalah peringatan bagi mereka yang mempunyai telinga untuk mendengar.

Perhatian kepada rasional dalam Al-Quran
Adapun orang-orang kafir, apabila kami perlihatkan kepada mereka setiap ayat dan mukjizat, mereka tetap tidak beriman

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ جَاءَتْهُمْ آيَةٌ لَيُؤْمِنُنَّ بِهَا ۚ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِنْدَ اللَّهِ ۖ وَمَا يُشْعِرُكُمْ أَنَّهَا إِذَا جَاءَتْ لَا يُؤْمِنُونَ

"Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya, dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman." (Qs, Al-An'aam 6:109).

Dalam Al-Quran lebih daripada tiga ratus ayat, perhatian kepada rasional telah disebutkan. Oleh itu, hukum mendustakan Tuhan dari sudut pandang Al-Quran adalah disebabkan oleh mengikuti hawa nafsu dan menutup kemampuan akal untuk memahami Tuhan.

*Zat yang tidak terbatas adakah mampu diteliti oleh zat yang terbatas? soalan yang boleh dijawab  "tidak" oleh prinsip rasional, oleh itu Al-Quran tidak membahas Zat Tuhan, untuk memperkenalkan Tuhan, kerana pendekatan cara ini tidak relevan dengan kemampuan zat manusia. (Maha benar Allah dengan segala firmanNya!).

captcha