IQNA

Dalam pertemuan delegasi Iran dengan pegawai JAKIM, dinyatakan;

Kerjasama Al-Quran antara Iran dan Malaysia adalah interaktif untuk kepentingan Ummah + video & gambar

6:02 - November 03, 2022
Berita ID: 3101759
TEHRAN (IQNA) - Dalam pertemuan delegasi Iran bersama pegawai-pegawai Pertubuhan Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia (JAKIM), pihak-pihak berkenaan menyifatkan bidang kerjasama Al-Quran antara kedua-dua negara amat luas dan menekankan keperluan mempromosikan kerjasama ini demi kepentingan dua negara iaitu Iran dan Malaysia serta Umat Islam.

Laporan IQNA; Agensi Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai "JAKIM", ialah sebuah agensi kerajaan di wilayah Putrajaya Malaysia yang menguruskan hal ehwal Islam di negara ini.

Dengan berakhirnya Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa Malaysia ke-62, delegasi Al-Quran Iran yang dihantar ke pertandingan ini bersama Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia melawat Institut Kemajuan Islam di Malaysia (JAKIM).

 

سفیر ایران در مالزی در حال امضای دفترچه یادبود جاکیم

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato' Sirajuddin bin Suhaimee Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, dan kehadiran beberapa pegawai pertubuhan ini bersama delegasi Iran antaranya Ali Asghar Mohammadi; Duta Republik Islam Iran di Malaysia, Alireza Maaf; Timbalan Menteri Al-Quran dan Itrat, Mohammad Mehdi Azizzadeh; Ketua Timbalan menteri kebudayaan dan bimbingan Islam, dan Mohammad Urei Karimi; Perunding kebudayaan republik Islam Iran ke Malaysia.

علیرضا معاف، معاون قرآن و عترت وزیر ارشاد در حال امضای دفترچه یادبود جاکیم

Ali Asghar Mohammadi, Duta Iran ke Malaysia, berkata: "Delegasi aktivis Malaysia dalam bidang industri halal akan melawat Iran tidak lama lagi, dan saya berharap kita akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. Secara umumnya, saya rasa kami harus mengeratkan hubungan dengan JAKIM, kerana JAKIM adalah sebuah organisasi besar yang mempunyai banyak aktiviti, dan kita berharap hari ini kita dapat menentukan bidang kerjasama pada masa hadapan dan memasuki fasa baru kerjasama ini. Moga dapat lebih peningkatan kerjasama dalam bidang aktiviti Al-Quran."

علیرضا معاف، معاون قرآن و عترت وزیر فرهنگ و ارشاد اسلامی

Alireza Maaf; Timbalan Menteri Al-Quran dan Itrat berkata: "Saya sangat gembira dapat menyertai Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Malaysia ke-62. Kami menganjurkan 29 pameran Al-Quran antarabangsa dan 43 pertandingan Al-Quran antarabangsa di Iran. Lebih 270,000 pelajar telah menamatkan pengajian dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang ilmu Al-Quran dan Al-Hadis di negara kami. Hari ini kami datang untuk mendengar lebih lanjut tentang pengalaman dan pengurusan aktiviti Al-Quran di Institut JAKIM dan Malaysia."

سراج الدین سهیمی، معاون سازمان توسعه اسلام در مالزیSuhaimee kemudian berkata: "Saya sangat gembira kerana anda berada di sini untuk mesyuarat penting ini. Kami tidak sabar-sabar bahawa hubungan antara Malaysia dan Republik Islam Iran menjadi lebih hangat berbanding sebelum ini. Semoga kita dapat menghadiri Pameran Al-Quran Antarabangsa Iran bersama rakan-rakan seperjuangan pada bulan Ramadhan yang akan datang dan kita akan dapat menjalinkan kerjasama yang baik untuk kepentingan ummat Islam."

 

Kemudian Mohammadi, duta Iran ke Malaysia, menyambung: "Iran dan Malaysia boleh membuka dialog tentang pelbagai isu penting dunia Islam dan bertukar pengalaman."

Beliau menyambung: "Ada beberapa isu yang kurang mendapat perhatian di Iran sebagai Iran adalah negara Islam hampir 100%. Sebagai contoh, isu halal yang Malaysia telah banyak mencapai kemajuan dalam bidang ini, tidak mendapat perhatian yang besar di Iran, dan kurang diberi perhatian terhadap aspek pengkomersilan halal. Malaysia adalah sebuah masyarakat yang terdiri daripada penganut agama dan kaum yang berbeza serta masyarakat antarabangsa, dan kita harus mengambil banyak pengajaran daripada negara ini."

Suhaimee, timbalan JAKIM, seterusnya berkata: "Kami baru-baru ini bertemu dengan delegasi dari Iran di Istanbul dan berunding untuk kerjasama dalam bidang halal. Kami ingin memperluaskan sijil Halal."

محمد مهدی عزیززاده، قائم‌مقام معاونت قرآن و عترت وزارت فرهنگ

Juga, dalam pertemuan ini, Mohammad Mehdi Azizzadeh, timbalan ketua Al-Quran dan Itrat Kementerian Kebudayaan dan Bimbingan Islam, dalam ucapannya berkata: "Saya ingin mengemukakan cadangan, memandangkan pertandingan Al-Quran Malaysia adalah salah satu pertandingan Al-Quran yang tertua dan paling berprestij di dunia, dari negara Iran hanya dijemput dalam konteks tilawah Al-Quran. Saya cadangkan apabila anda menambah bidang hafazan Al-Quran dan menjemput Iran dalam bidang ini, demikian juga kami siap kerjasama penyelarasan bengkel-bengkel seni pendalaman bidang qiroah Al-Quran."

Tambahan pula, Mohammad Urei Karimi; penasihat kebudayaan Iran di Malaysia, berkata: "Saya sangat gembira sejurus selepas pertandingan Al-Quran antarabangsa di Malaysia, kami berada di sini untuk membincangkan persefahaman bersama berdasarkan Al-Quran."

محمد اورعی کریمی، رایزن فرهنگی ایران در مالزی

اهدای نسخه‌ای از قرآن بایسنقری ایران به مسئولان جاکیم

اهدای لوح سرامیک قرآنی ایران به مسئولان جاکیم

4096339

captcha