IQNA

Solat berjamaah Ahli konferensi Wahdat Islam

10:36 - October 13, 2022
Berita ID: 3101660
TEHRAN (IQNA) - Solat jemaah perpaduan telah di adakan oleh para ahli peserta majlis perasmian Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa ke-36.

Laporan IQNA; pada masa yang sama dengan hari pertama konferensi Antarabangsa Wahdat Islam Ke-36 dan di penghujung upacara pembukaan pada 12 Oktober di Dewan majlis para ketua - سالان اجلاس سران -, solat berjemaah telah diimamkan oleh Sheikh Khaled Al-Mulla, ketua Jamaah Ulama Sunni Iraq.

Menurut pengumuman Hujjatul-Islam wal-Muslimin Shahriari, Setiausaha Agung perhimpunan Dunia bagi pendekatan antara mazhab Islam, dalam persidangan tahun ini, yang akan diadakan dengan slogan "Perpaduan Islam, keamanan dan mengelakkan perpecahan dan konflik dalam dunia Islam, tindak lanjut dan langkah-langkah operasi", antara 100 tokoh terkemuka dunia Islam di peringkat Mufti Besar, Menteri, Timbalan Menteri dan ketua-ketua pertubuhan Islam tertinggi dan utama telah dijemput hadir, dan sejumlah lebih daripada 200 penceramah dari 60 negara dan 100 penceramah domestik menyertai Persidangan Perpaduan secara hadir bersemuka dan melalui webinar.

Para tetamu yang menyertai Persidangan wahdat Islam Antarabangsa ke-36 memberi penghormatan kepada Imam Khomeini (ra) dengan menghadiri ziarah makam suci pengasas besar Revolusi Islam hari ini 13 Oktober dan akan bertemu dengan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam pada hari Jumaat.

Perlu diingatkan bahawa webinar Persidangan Perpaduan Islam ke-36 telah bermula pada 9 Oktober, dan beberapa pemikir dan cendekiawan dunia Islam telah menyatakan pandangan mereka dalam webinar tersebut.

4091384

captcha