IQNA

Matlamat penting Rasulullah (SAW) dalam pembentukan masyarakat Islam

9:28 - October 13, 2022
Berita ID: 3101659
TEHRAN (IQNA) - Perpaduan sesama manusia merupakan salah satu aspek penting dalam pembentukan masyarakat Islam yang diberi perhatian serius dalam ajaran agama termasuk ayat dan tradisi - sunnah dan hadis.

Laporan IQNA; Muhaddatsah Muayanifar, penolong profesor Universiti Antarabangsa Imam Khomeini (ra), dalam temu bual dengan IQNA, membincangkan konsep dan tempat perpaduan dalam Al-Quran, yang boleh anda baca di bawah:

Matlamat atau tujuan besar dan penting Rasulullah (SAW) dalam pembentukan masyarakat Islam patut dipertimbangkan; Perpaduan sesama manusia merupakan salah satu landasan penting bagi pembentukan masyarakat Islam, dan atas sebab ini, topik perpaduan telah diberi perhatian serius dalam ajaran agama Islam melalui ayat-ayat dan hadis serta sunnah Nabi (SAW).

Di samping itu, kehidupan sosial adalah penting dalam Islam, oleh itu, bersama-sama dengan arahan untuk kebahagiaan individu, Islam juga telah menyebut arahan untuk kebahagiaan kolektif atau sosial, yang paling penting ialah isu perpaduan di kalangan manusia umum dalam masyarakat Islam dan isu perpaduan masyarakat Islam khusus antara mereka.

Mungkin ayat yang paling jelas yang merujuk kepada topik perpaduan, iaitu ayat;

وَ اعتَصِمُوا بِحَبلِ اللهِ جَمیعاً وَ لاتَفَرَّقوا...

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;..." (Qs, A-li'Imraan 3:103).

Penulisan nas-nas umum - yang menunjang kepentingan bersama - antara mazhab Islam dan memperkenalkannya bersama pencerminan persamaan antara pendapat dan pandangan mazhab Islam adalah salah satu penyelesaian teoritis untuk mencapai perpaduan ummah.

Usaha lain ulama Syiah menangani penghinaan terhadap kesucian
ahli sunnah juga amat berkesan dalam memperkukuh gerakan ini di kalangan masyarakat umum.

Pada tahun 1989, Perhimpunan pendekatan antara mazhab Islam -مجمع تقریب بین المذاهب الاسلامی - telah wujud dengan tujuan untuk mendekatkan dan menyatukan semua mazhab Islam yang sebenar dan merealisasikan dalam perpaduan Islam.

Sejak berdirinya Perhimpunan ini telah mengadakan persidangan antarabangsa perpaduan Islam setiap tahun dan menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka dunia Islam, forum ini telah cuba memudahkan bekalan pemikiran dan idea yang betul di kalangan umat Islam.

Penubuhan Universiti Agama Islam Tehran juga boleh dianggap sebagai salah satu strategi perhimpunan ini dalam merealisasikan perpaduan Islam.

Persekitaran universiti ini yang menggambarkan kehidupan bersama para pelajar dan profesor Sunni dan Syiah dengan sempurna adalah suasana yang penuh dengan silaturahim, hormat-menghormati dan perpaduan antara mazhab Islam sehingga umat Syiah dan Sunni berdampingan dalam solat berjemaah dan dalam satu perkataan; "Mereka hidup bersama dalam kedamaian dan kenikmatan Islam".

captcha