IQNA

Amaran tentang kembalinya jenayah Hindu terhadap umat Islam

21:11 - December 02, 2022
Berita ID: 3101893
TEHRAN (IQNA) - Sebagai tindak balas terhadap pembebasan orang Hindu yang disabitkan dengan jenayah terhadap orang Islam, akhbar Inggeris Guardian memberi amaran terhadap penyambungan semula jenayah Hindu mereka.

Laporan IQNA, memetik laman web Yaqin; Akhbar Inggeris Guardian menulis dalam satu artikel: persetujuan menteri-menteri parti pemerintah Hindu Bharatiya Janata Party terhadap pembebasan awal 11 orang yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh wanita dan kanak-kanak Islam di India semasa pergolakan, adalah tanda membebaskan tangan puak Hindu ekstremis untuk kembali buat apa sahaja janayah.

Akhbar ini menyatakan dalam editorialnya: Penindasan dan intimidasi terhadap 200 juta umat Islam India oleh parti Perdana Menteri India Narendra Modi cukup jelas.

The Guardian juga memberi amaran terhadap apa yang disifatkannya sebagai usaha oleh kerajaan India untuk mengeksport "fasisme Hindu" ke negara lain, menegaskan bahawa ini akan menimbulkan kebimbangan kepada semua.

Dalam bahagian lain artikel akhbar ini, dinyatakan: Terdapat tanda-tanda yang membimbangkan yang menunjukkan bahawa konflik mazhab di India turut diikuti di tempat-tempat lain juga; Seperti yang berlaku di bandar Leicester, England; Tempat di mana ramai orang Islam dan Hindu Asia Selatan tinggal dan semuanya berasal dari India.

Bagi pihaknya, laman web Hal Ehwal Luar Amerika mengesahkan bahawa rancangan pelampau Hindu untuk meneruskan kuasa mereka di India dan usaha gigih mereka untuk memperkasakan nasionalis Hindu di negara ini adalah mengorbankan agama dan bangsa lain, khususnya umat Islam.

4103699

captcha