IQNA

Khatib Jumaat Tehran:

Gangguan dan kerusuhan adalah peluang untuk mengenal pasti jalan yang lurus

8:04 - November 05, 2022
Berita ID: 3101761
TEHRAN (IQNA) - Hujjatul-Islam Sediqi berkata dalam khutbah pertama solat Jumaat minggu ini di Tehran: Kekacauan, hasutan, fitnah, kerusuhan dan lain-lain gangguan, mempunyai rupa yang pahit, tetapi sebenarnya, ia adalah peluang untuk belajar dan membantu kita mengenal pasti jalan yang betul.

Laporan IQNA; Hujjatul-Islam wal-Muslimin Kazem Sediqi, hari Jumaat semalam, 13 آبان - Obon - 1401 Hijriah Syamsiah (HS), yang ditetapkan oleh perlembagaan Republik Islam Iran sempena hari Melawan Keangkuhan elit politik Global mengikut sejarah penumpasan sarang fitnah Amerika Syarikat yang berakar umbi di pejabat kedutaan Amerika Syarikat ke Iran di Tehran, yang ditumpas oleh kebangkitan Pelajar sehingga diperingati sebagai hari Melawan Keangkuhan Global dan hari Pelajar dan hingga sekarang kedutaan Amerika Syarikat tidak kembali bertapak di Republik Islam Iran.

Ada tiga peristiwa besar yang berpengaruh dalam sejarah kebangkitan muslimin Iran pada tarikh 13 Obon iaitu; Pengasingan Imam Khomeini (ra) oleh rejim Pahlawi ke Turki pada 13 Obon 1343HS, pembunuhan besar-besaran pelajar Tehrani pada 13 Obon 1357, yang kemudiannya dipanggil Hari Pelajar, dan akhirnya penangkapan sarang pengintip Amerika Syarikat pada 13 Obon 1358, yang Imam Khomeini (ra) menganggap peristiwa ini sebagai revolusi kedua setelah kemenangan revolusi Islam pada tahun 1357HS bersamaan dengan tahun 1979M yang menghasilkan pembentukan Negara Republik Islam Iran, dan Ia telah direkodkan sebagai tiga peristiwa bersejarah penting dalam kalendar negara ini.

13 Obon adalah hari pelajar, kerana pada hari ini pelajar revolusioner Iran dapat menyinari permata ilmu dan pendidikan dalam cermin epik dan keberanian dan menghilangkan debu kekalahan dari imej sekolah. Pada hari ini, pelajar Tehrani datang ke pentas untuk membantah rejim Pahlavi yang dibenci dan campur tangan Amerika di Iran, tetapi kaki tangan rejim Pahlavi menyasarkan mereka dengan serangan kejam dan membunuh anak-anak revolusi ini - yang memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air mereka dari hegemoni Amerika Syarikat melalui rejim Shah.

Dalam khutbah pertama solat Jumaat yang diadakan di Universiti Tehran semalam, menyeru para ahli ibadah kepada ketaqwaan kepada Allah dan berkata: Ketaqwaan menanggalkan tabir kelalaian, mencuci dan menghilangkan debu-debu kejahilan, dan mengingatkan seseorang supaya tidak keluar dari wilayah suci dan perlindungan Allah untuk keselamatannya.

Orang-orang yang bertaqwa apabila kapal-kapal Syaitan datang menghampiri mereka, serta merta peluang ini digunakan untuk meningkatkan pertahanan dan kesedaran diri mengelak pencemaran dosa dan mengingati Allah SWT serta merta.

Beliau menambah: Doa semua ahli ibadah ialah; اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ - Ihdina sirotal mustaqim; yang bermaksud; "Ya Allah letakkan kami di jalan yang lurus". Dengan doa ini, seseorang itu tidak akan tergelincir dari jalan yang lurus - benar dan boleh sampai ke destinasi dengan jaya dan selamat.

Imam solat Jumaat Tehran menegaskan: Akal adalah salah satu nikmat Allah, dan akal adalah bukti batin, ia menunjukkan jalan lurus Ilahi, dan ia sendiri adalah sebagai hujjah - sebab dan jalan.

Karunia Ilahi yang lain ialah hembusan kasih-sayang malakuti yang dihembuskan dalam alam rasa orang-orang bertaqwa, supaya mereka tahan - sabar dan tidak ingin menyimpang dari jalan Allah, Allah menempatkan Roh Kudus dan Malaikat ini untuk memberi jalan kepada mereka, dan dengan cara ini orang-orang yang bertaqwa mendapati keredhaan Allah SWT.

Khatib Jumaat Tehran menambah; Apa yang kita baca dalam buku atau dengar di kuliah dan mimbar mengenai sirotal mustaqim adalah sebatas pengenalan sahaja tetapi kecenderungan dalaman meletakkan seseorang di jalan yang lurus - benar untuk sampai kepada Tuhan, satu-satunya jalan ialah dengan ibadah - Manusia hendaklah mengenepikan apa yang menyebabkan pencemarannya menuju jalan lurus untuk sampai kepada Tuhan.

Beliau melanjutkan: Saudara-saudaraku, untuk sampai kepada Allah, kita hendaklah sentiasa mengingati Allah, menyebut nama Allah dan menjauhi pantang larang Allah. Tuhan berkata ingat saya dan saya akan ingat kamu. Manusia tidak boleh melupakan kekasihnya. Berada dengan Tuhan adalah peringkat tertinggi kemanusiaan dan tauhid, apabila seseorang sentiasa bersama Tuhan. Tetapi jika kita tidak pun dapat selalu melihat diri kita di hadapan Tuhan dan menjalin hubungan denganNya dengan membuka hati kita terus menerus kepada Tuhan, sekurang-kurangnya kita patut dan harus bersyukur - ini minimaliti kita menjaga hubungan dengan Tuhan.

Imam sementara Tehran menambah: Tuhan tidak meninggalkan sesuatu yang sedikit untuk kita dan kita juga mestinya tidak boleh meninggalkan sesuatu yang sedikit untukNya.

Khatib Jumaat Sediqi pada akhir khutbah pertama berkata: Kerusuhan, hasutan, kekacauan, dan lain-lain gangguan, mempunyai rupa yang pahit, tetapi pada dasarnya, ia adalah peluang untuk mengambil pengajaran dan membantu kita mengenal pasti jalan yang lurus - betul.

captcha