IQNA

Tiga kewajipan seorang muslim terhadap Al-Quran

4:39 - November 02, 2022
Berita ID: 3101752
TEHRAN (IQNA) - Menurut Nabi Islam (SAW), Al-Quran adalah amanah daripadanya yang dititipkan kepada kalangan umat Islam. Amanah yang mesti dijaga dengan baik; Namun, menjaga Al-Quran bukan sahaja bermakna menjaga kebersihan kulit dan kertasnya, tetapi menjaga amanah Al-Quran bermakna membaca, mengamalkan konsep-konsep Al-Quran dan juga menjaga keberadaan dan kesucian serta kehormatan zahir dan batin Al-Quran.

Laporan IQNA; Al-Quran bukanlah perkataan manusia, perkataan demi perkataan ia adalah firman - ucapan Tuhan. Susunan perkataan dan pembentukan ayat adalah wahyu Allah. Malah susunan surah-surah nya disusun berdasarkan yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Setiap orang Islam mempunyai tiga tugas utama terhadap Al-Quran. Jika kewajipan ini dipenuhi, Al-Quran akan memasuki hidup kita dan menyembuhkan kesakitan kita; Kerana ia adalah makanan untuk jiwa.

Merujuk kepada isu ini, Allah dalam Surah mubarakah Yunus, ayat 57, berfirman;

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌۭ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًۭى وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Qs, Yunus 10:57).

Kewajipan pertama kita ialah belajar Al-Quran. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud;

"Bahawa sebaik-baik orang di antara kamu ialah orang yang belajar dan mengajar Al-Quran."

Imam Jaafar Sadiq (as) juga berkata, yang bermaksud;

"Tidak layak bagi seorang mukmin mati tanpa mempelajari Al-Quran sebelum datang kematiannya."

Al-Quran telah diturunkan untuk kita, jika kita tidak membacanya dan memahaminya, apa gunanya?

Kewajipan kedua, setelah mempelajari bacaan Al-Quran, ialah membacanya, menjadikan aktiviti rutin hidup kita bersama memperkasakan program-program membaca dan tadabbur Al-Quran.

Sebuah hadis telah diriwayatkan daripada Nabi bahawa ibadah yang paling utama ialah membaca Al-Quran.

Imam Sadiq (as) berkata yang bermaksud;

"Al-Quran adalah perjanjian Allah dengan kamu, perlu untuk membacanya sekurang-kurangnya 50 ayat setiap hari".

Imam Redha (as) menghatamkan membaca Al-Quran setiap tiga hari sekali.

Almarhum Imam Khomeini (ra) meletakkan Al-Quran di dadanya ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya di hospital.

Menurut Imam Sadiq (as), ada tiga kategori yang akan diambil pertanggungjawapan dari setiap orang pada hari kiamat: Masjid yang tidak didatangi untuk mendirikan solat berjamaah - masjid yang tidak mempunyai jemaah, kategori kedua; Ulama yang tidak didatangi untuk memahami agama darinya - tempat rujukan ilmu agama, dan ketiga, Al-Quran yang dihinggapi habuk atasnya - hanya diletak tidak dibaca.

Kewajipan ketiga dan terpenting kita ialah mengikuti - mengamalkan ajaran Al-Quran; Mempelajari Al-Quran dan membacanya adalah sebagai permulaan untuk mengamalkannya.

Jika kita membaca ayat;

اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُؕ

Yang bermaksud ; Kita hendaklah benar-benar hanya beribadah kepada Allah dan dalam kesusahan, kita hendaklah benar-benar hanya meminta pertolongan kepada Allah.

captcha