IQNA

Tangan syaitan terikat di bulan Ramadan

8:36 - April 26, 2022
Berita ID: 3101021
TEHRAN (IQNA) - Salah satu perkara yang diperkatakan tentang bulan suci Ramadan ialah tangan syaitan diikat pada bulan ini. Tetapi jika syaitan dalam keterbatasan-kekangan, adakah itu bermakna tiada siapa yang boleh tergoda atau melakukan kesilapan pada bulan ini?

Laporan IQNA; Dalam khutbah Syaabaniyah, Nabi Islam (SAW) berbicara tentang ciri-ciri bulan suci Ramadan, dan dalam bahagian khutbah itu bersabda:

وَ الشَّیاطِینَ مَغْلُولَةٌ فَاسْأَلُوا رَبَّکمْ أَنْ لایسَلِّطَهَا عَلَیکمْ
“Dan syaitan-syaitan diikat, maka mintalah kepada Tuhan kamu supaya dia tidak berkuasa atas kamu."

Dua isu dipetik dari khutbah Syaabaniyah ini;
Pertama, syaitan dihadkan-dikekang-dibatasi semasa bulan suci Ramadan; Tetapi perkara kedua menunjukkan bahawa pada masa yang sama, syaitan masih memungkinkan dapat menguasai orang yang berpuasa.

Al-Quran menggambarkan Syaitan sebagai sosok yang sangat lemah dan menekankan bahawa Syaitan dan para sahabatnya tidak berkuasa atas hamba-hamba Allah; Kerana Tuhan, sebagai tindak balas kepada ancaman Syaitan untuk menyesatkan manusia, berfirman tentang ketidak berdayaan penguasaan syaitan atas hamba-hamba Allah yang mukhlasin dan hanya mengumumkan penguasaan Syaitan ke atas mereka yang mengikutinya.

Penguasaan yang disebutkan dalam riwayat di atas juga bermaksud pengaruh yang kuat.

Ramadan adalah masa penting untuk mengukuhkan kerohanian. Adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran; Malam takdir ada di dalamnya; Ibadah dibulan ini berbeza, sebagaimana nafas dan tidur seorang mukmin adalah ibadah; Bacaan satu juzuk al-Quran adalah setara dengan bacaan seluruh Al-Quran. Oleh sebab itu, syaitan tidak dapat menembusi hati orang yang berpuasa yang sedang beribadah dan mengingati Allah sepanjang masa di bulan ini.

Dalam pengertian ini, hati orang yang berpuasa dipenuhi dengan cahaya dan zikir kepada Allah kerana mereka berpuasa dan menghadiri dan melakukan amalan bulan suci Ramadan, dan syaitan menyerah kepada hati yang demikian.

Sekarang, jika orang yang berpuasa tidak membina dirinya dan tidak mengingati Tuhan pada hari-hari ini, cahaya hatinya akan menjadi lemah dan ada jalan untuk dipengaruhi oleh Syaitan.

Seperti yang ditegaskan dalam Al-Quran bahawa: 

«وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ»

"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan ingatan kepada (Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." (Qs, Az-Zukhruf 43:36).

Diriwayatkan bahawa Nabi Islam (SAW) bersabda:

«إِنَّ الشَّيْطَانَ لَيَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ أَلَا فَضَيِّقُوا مَجَارِيَهُ بِالْجُوعِ»

"Syaitan mengalir dalam diri manusia seperti aliran darah, maka dengan kelaparan, sempitkanlah jalannya."

Maka, tidak berlebihan makan, lapar dan puasa menjadikan jalan syaitan menembusi hati lebih tertutup. Itulah sebabnya disyorkan untuk makan lebih sedikit dan berpuasa sunnah pada hari-hari lain sepanjang tahun.

captcha